Thursday, July 14, 2016

al kisah pasar malam

Ini kisah aku kongsi untuk panduan diri aku dan semua. 

Suatu petang di pasar malam belakang UIA GOMBAK. 

Me : kak nasi lemak lauk sotong satu.. 

Penjual : ok *segunug dia letak*


Me:kak2 nasi tu sy nk separuh je


Penjual : ok tapi tetap sama tau harga, akk tak kurang . *muka seriuos je pndg aku*


Me :it's ok harga sama pn takpa, saya bayar. 


Penjual : ok semua RM4.50

Yang sebenarnya bukan kisah sangat pasal harga, pokok pangkalnya Allah tak suka orang yang membazir.

Bukankah Allah telah berfirman dalam Surah Al Isra ayat 27 , maksudnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya" (17:27)

Beza kot rm4.50 makan habis dgn makan tak habis!

Disayangi Allah atau mewarisi sifat Syaitan?

Pilihlah. :) 



Saturday, July 4, 2015

siapakah yg dikatakan beriman itu?

assalamualikum wbt.
bismillahirrahmanirrahim

Yang dikatakan orang yg beriman itu adalah mereka yang menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan dan petunjuk di dalam setiap sudut kehidupan mereka. Jadi di sini, apakah maksudnya orang yang beriman itu sama maksudnya dengan soleh? Mari kita teliti surah Al-Imran ayat 114 yang bermaksud: 

Mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, menyuruh kepada segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (mungkar), dan mereka pula segera mengerjakan pelbagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

Merujuk kepada ayat di atas, Allah s.w.t menyatakan dengan jelas orang yg beriman itu adalah termasuk di kalangan orang2 yang soleh. Iaitu mereka yang menyeru kepada 'kebaikan' dan menegah dari segala perbuatan yang 'mungkar'. Bagaimankah yang di katakan sesuatu itu sebagai 'kebaikan' dan bagaimanakah pula sesuatu perkara itu tergolong dalam perbuatan 'mungkar'. Iainya apabila sesuatu perkara itu yang dari sudut kod etika nya diterima dan ditolak oleh masyarakat. Misalnya, 'mencuri', 'berjudi', 'merosakkan harta awam' dll dinggap sesuatu yang buruk pada pandangan umum @masyarakat itulah yg dikatakn perbuatan buruk,salah atau dalam erti kata lain 'mungkar'! dan begitulah sebaliknya..


Selain itu, di dalam surah an-Nisa ,ayat 136 ,firman Allah, maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."

Allah s.w.t menyatakan bahawa orang-orang yang beriman itu mereka percaya kepada Allah & Rasulnya, segala yang terkandung di dalam kitab2 Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w ,Malaikat, Kitab2 Suci terdahulu, dan Hari Akhirat.Sesiapa yang tidak taat dan percaya kepada Allah maka , orang2 tersebut adalah dalam kalangan mereka yang amat jauh kesesatannya..

Jika diteliti, dikaji dan diselidik , seringkali  dan terdapat banyak ayat-ayat dalam kitab Al-Quran , yang Allah s.w.t menggunakan ayat 'wahai orang -orang yang beriman' . Kenapa Allah s.w.t tidak menggunakan perkataan misalnya ' wahai orang- orang Islam' atau 'wahai orang-orang yang baik'? . Jelaslah di sini, menunjukkan bahawa orang-orang yang beriman itu sudah tentunya Islam, dan bukan semua orang Islam itu benar-benar 'beriman'. Kita bukanlah orang yang selayaknya menilai individu lain , tetapi membuktikan bahawa jika kita mahu tergolong dalam golongan yang berjaya di sisi Allah & Rasulnya hendaklah sentiasa memastikan bahawa ciri2 orang beriman itu ada pada diri.  Al-Quran itu adalah kunci dan 'manual book' kepada kehidupan orang-orang beriman, serta merupakan 'medium' komunikasi antara Rab dan hambanya. Seringkali kita berhubung dengan manusia lain menggunakan handphone, melalui pelbagai cara seperti 'whatsapp, telegram, instagram,facebook' serta banyak lagi bentuk2 media sosial yang digunakan untuk sentiasa 'keep in touch' dengan mereka. 

Tetapi, adakah pernah kita terfikir apakah caranya untuk 'keep in touch' atau berhubung dengan Allah s.w.t selain solat dan doa? Jawapannya adalah Al-Quran. Ya. Itulah kitab dan panduan , manual book seharian yang setiap inci kehidupan harian kita di sebut di dalamnya, hatta setiap inci peraturan kehidupan dan alam semesta itu jika diteliti tidak pernah ada yang bertentangan dengan hukum akal sekali pun! 

Akhir kata setiap dari kita mahukan dan mengimpikan SyurgaNya bukan? Maka marilah sama-sama kita meneliti salah satu ayat Al-Quran dalam surah at-Taubah ayat 72, firman Allah s.w. t, tentang orang-orang yang beriman, maksudnya  :

" Allah menjanjikan orang-orang yang BERIMAN, lelaki dan perempuan , (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar. 

Moga-moga kita tergolong di dalam golongan yang beriman.

InsyaALLAH
.
Ameen.







Friday, April 12, 2013

S.A.H.A.B.A.T

bismillahirrahamirrahim,
asslamualaikum wbt,
 
Kawan adalah seseorang yang kita boleh kongsi lebih dari satu perkara samada hobi,minat ,perasaan, perjuangan dan sebagainya. Kawan itu wujud apabila kita menemui seorang individu yang "sekepala" dengan kita,pendek kata kawan itu adalah individu yang mempunyai sama minatnya,perangainya dan sbgnya dengan diri kita,dimana apabila meluangkan masa bersama2 kita merasa selesa dgnnya.

SAHABAT pula adalah individu yang merasa tanggungjawab terhadap diri kita tetapi tidak memiliki sebarang hubungan darah. Sahabat adalah orang yang membawa kita kearah kebaikan dan begitu juga kita.
Dalam erti kata lain, meraka adalah induvidu yang sangat setiakawan yang memahami perasaan dan situasi kita,orang yang bisa menenagkan kita ketika resah,setia mendengar masalah kita, dan sanggup berjuang demi kita.

hargailah sahabat kita selagi mereka hidup, saya punya seorang sahabat yang sangat setia.Dia akan message saya setiap hari,kadang2 penat kerja tidak dilayan,tapi dia tetap tidak jemu untuk bertanyakan khabar setiap hari. tq Engku Mastura. SAYA SAYANG AWAK! Alhamdulillah, ALLAH mengirimkan dia sebagai sahabat. Formerly,I met her during my foundation study at International Islamic University Malaysia. Dia sgt pemalu dan pendiam orangnya. Orang yang tak kenal akan cakap dia sombong,but believe me,they r totally wrong. Bila saya sedih, dia sanggup call saya sampai habis kredit,sikit pun tak merungut. Kdg2 sampai pinjam kredit advance. hehe. sgt sweet. Doa saya semoga ALLAH temukan awak dgn seorang yang setia dan baik macam awak,semoga ALLAH swt memudahkan perjalanan hidup awak. Awaklah orang yang tak pernah jemu mendengar saya membebel. Dia adalah orang yang saya belajar kesetiaan,kasih sayang sesama manusia,menjadi manusia yang baik. 

Ada kalanya situasi masalah yang menimpa, tiada siapa memahami, tapi ALLAH Maha Mengetahui, Dia tahu saya takkan mampu menyimpan masalah sendiri. Tq2 very much ALLAH for the sweetest gift from you. 
 

p/s : DOAKU SUPAYA ALLAH MENYAYANGI KAMU DI AKHIRAT DAN DUNIA. THANK YOU FOR ALWAYS BEING THERE FOR ME AND OF COURSE ALLAH,IS THE ONE WHO KNOWS US BETTER THAN OUR OWN SELF. ALLAH bantu nina menghadapi hari2 yang mendatang please.Jadikan nina hamba yang bertakwa dan kuat untuk ALLAH. AMEEN YA RABB :'(