Saturday, July 3, 2010

bismillahirrahmanirrahim...

Pemilik nyawaku,
Entah kenapa malam ini hatiku sayu,
Sayu mengenenangkan kehidupanku,
Aku hanyalah hambaMu,
Yang ingin hidup di dunia ini mengikut rentakMu,
Aku tahu Engkau ya rabb,
Sangat hampir padaku,
Ketenangan yang ada padaMu,
Kebijaksanaan, sifat pengasihMu,
Membuatkan aku terharu,
Mengenangkan layakkah aku untukMu,
Ya Maliki,
Demi nyawaku yg berada di dalam gengamanMu,
Ampunilah aku sekiraNya aku melampaui batas –batas hukumMu,
Jadikanlah aku hamba yang hanya pandang pada wajahMu,
Ya khaliq,
Aku ingin sekali menjadi hamba yg baik buatMu,
Maafi aku tuhanku, kiraNya aku ini leka dengan nikmat-nikmatMu,
Aku mohon dengan izinMu ya Rabbi,
Setiap sedutan nafasKu dan hayahku ini biarlah hanya untukMu,
Ya Quddus,
Alam ini, manusia dan hidupan sekelilingku ini,
Adalah bukti-bukti bahawasanya tiada yg lain hanyalah engkau yg satu,
Dan juga sebagai satu tariq untuk kau persembahkan diriMu,
Selain dari kitabMu ; Al- Quran yg suci,
Yang di dalamnya,
Tersirat seribu satu rahsia yang jika diteliti,
Maka takkan terungkap dan terungkai melalui kalam bahasa,
Dan ia hanya dapat diterjemahkan melalui satu rasa…,
Wahai maliki,
Apa yg ku ukir ini hanyalah hajatku,
Ampunilah aku ;sekiranya ia melampaui batas sebagai hmbaMu
Aku ingin menjadi hmbaMu yang bersyukur d setiap saat hayahku,
dan hembusan nafasku ini,
Apa yang ku harapkan adalah redhaMu;dan ketenangan jiwa yang abadi,
Kerana dengan megigatiMu hati-hati akan menjadi tenang,
Aku juga ingin mejadi hamba yang mendahulukan diriMu sang penciptaKu,
sesungguhNya biarlah hidup dan matiku hanya padaMu,
Demi memikirkan bagaimanakah nasibku di titian maksiratMu nanti..,
Juga bagaimanakah cara untuk aku mempersembahkan diriKu nanti ..,
Dan tujuan Engkau menciptakanKu tiadalah yang lain semata-mata untuk menyembahMu;
Kerna itulah janjiku dahulu padaMu ketika roh ditiup masuk ke jasadKu ini..
Ya ALLAH…Engkaulah maha sempurna;maka bantulah aku yg lemah ini..

Friday, July 2, 2010

apa ada dgn hati??

APA YG AD DGN HATI?

hati adalah anggota dalaman badan yg ALLAH s.w.t cipta which is sgt2 unik..kerana hatilah mencerminkan pernagi adab dan tingkah laku ssorng itu.. ad sorng syeikh yg nina terbaca bukunya berkata, hati adalah seketul daging yg kt kne jaga.. its a basic things sgt2 untuk menjaga hati, coz from hati kt th sapa orng tu and etc.2

hati yg suci mmg ssh nk dpt, tapi.. klu dibentuk dgn betul insyaALLAH jd B.A.E.K ..even ssorng itu kdg2 kt tgk perangai dia cam baik tp orng slalu ckp "kt x th ape kt ati dia' coz hati adalah benda yg ALLAH judge ssorng tu, tp sbnrnya dr hatilah adanya action ..~

kdg2 maybe ALLAH s.w.t nak menyembunyikan segala keburukan ssorng tu..walaupun ap yg ad kat hati dia kt x th.. tp mybe ALLAH ada reasons tersendiri ..krn hanya DIA yg lebih mengetahui ss uatu rahsia..

manusia secara logiknya, memeikirkan ap yg zahir, apa yg kt nampak akal akan tafsir.. tp hati adalah benda yg tersembunyi yg most of kt x sedar.. hati da tebal debu2nya..
sampai bila kt nak ignore hati berdebu?? O.K satu tips nk kasi "vitamin" kt hati knelah musabah diri ... skejap pn kt muhasabah diri,, even 5 min klu itu bagi effect yg besar..lg kt x wat pape lgsung kan??

kerana hatilah, kt menjadi tenang, krn yg MAHA TENANG itu ALLAH s.w.t which is the reason sbb tu ALLAH melihat kpd hati..manusia boleh ubah sikap perangai, penampilan fizikal an so on.. but hati... x kan berubah if kt x de effort nak ubah..kan??

manusia boleh berpura2 baik, berpura2 suka sumthing, tp klu kt tnya hati, dia x kan mampu menipu..so untuk segala jalan yg kt pilih, adalah kesan dr hati.. jadi for that jagalh hati elok2 krn hati adalah cam "IBU" segala decision n sgt berkait rapat dgn life kt choose or viceversa.

so, b4 end up dis post nina ad bc satu phrase ..

"perbyakkanlah memyebut ALLAH dr menyebut nama makluk, perbanyakkan menyebut akhirat dr dunia"

Nota untuk seorang lelaki tersebut..


Nota untuk seorang lelaki yang pernah bertaktha di hatii.. DAHULU... Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut... Demi tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya..awak membawa saya menuju cinta-Nya..awak ajari saya apa itu nafsu dan cinta sejati kepada RABBI..

Saya telah menolak cinta awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak....

Saya tak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak.. Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yg paling dalam... dalam lautan kasih sayang, seribu impian, dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu... Bagai merpati putih cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati awak... nyata saya tak temuinya..... Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya... awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yg tak mampu saya selam.... disana saya tak mampu melihat cahaya.. Awak beri saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yg menyalakan api dan membakar saya dalam diam...

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yg sebenarnya awak cari.... Tapi jauh disudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tak akan pernah dewasa..... Atau mungkin juga.. awak belum pernah benar2 jatuh cinta pada seseorang... Jadi, selama ini siapa saya dihati awak...????

Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya? Siapa yg memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yg mengajar saya,bahawa Cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yg memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??

awak.....

Awak mungkin jenis lelaki yg boleh menyintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yg percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkhawinan....

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.......


Awak...

Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya....


'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya.


Seseorang pernah berkata,

'If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place.....'

Awak.....

saya percaya pada tuhan yg mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah disebalik semua ini.... dan saya tak akan menyoal... saya juga tak pernah kesal.... sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan... Dan kalaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, itu yg terbaik.

~we better luv someone which can give us their luv~

kwn nina penah bgatu yg kdg2 ALLAH mahu menemukan kt dgn orng yg salah , so dat benda yg salah tu kt x akan ulang, semuanya akan perfect dgn orng yg PERFECT utk kt dari ALLAH hee ..=)