Friday, February 25, 2011

::❤­ ­kacak ,HOT , saya suka ❤­ ­❤­ ­ ::

assalamualikum, actually sj je wut tajuk cmni, haha. mesti mcm geli kan ? mmg geli pon bace tajuk post ni. hee, sbnarnya ap nina nk tulis ni x de ape sgt pon. ade sstgh pihak kata kt nina ; ok let say awk nk org yg nk hidup dgn awk nnt, mesti awk pon nk yang kacak, handsome, HOT gak kan? haha, sounds really funny dgn soalan like dis. but its normal klu dpt soalan cmni. my answer for dis kinda question ; :) ( BIG GREAT SMILE) .


actually nina x suka org hendsome , HOT or kacak. pelik x? dis is not my kinda . ALLAH bagi yg x kacak pun x pa, sbb apa nina ckp cmtu? ok fikir sat na.. org kacak, orang HOT, orang handsome dpt bawa kebahagiaan ke dlm agama? meaningnya kt sini, bkn ape point dia nina nk ckp, ok rupa paras penting sgt ke sampai yg lain2 korng boleh tolak tepi?? astagfirullahazim. :) meh kt fikir sama2 eh, bebalik kpd hadis nabi, kawin tu klu yg "cantik" tu sunat OK. yg penting AGAMA dia, klu hodoh pun x pe lah, knp manusia suka menilai dr luaran eh? ALLAH yg maha cantik pun tgk KPD HATI hambanya, tp manusia nk judge mcmtu? x pa , x kisah sbb every person ad criteria dia sendiri, tp seelok2 nya ikutla ALLAH pny cara . :) klu org kacak pun, hidup msti x tenang jgk kan, nnt ad "girlfreinds2" lain kt lua nun kacau .. nak ke? pastu berebut2..nak terasa bagai, elok ke cmtu? tp klu ALLAH da ttpkan jodoh dgn yg cantik paras rupa dia, x apala kan.

nnt bl ckp cmtu, kesian lak yg kacak or girl yg cantik2 tu. klu boleh semurna sifatnya pun da cukup, hidup pn bahagia, x yah nk berebut2. satu lg ckp psl rebut2 ni, nina pn pelik gak. knp ade kes yg girl berebut lelaki , sanggup gaduh , jeles. astagfirullhazim. k kepada org2 yg mcmni, think wise ok? :) cubalah fikir x da gunanya, kt gaduh klu kt usaha mcmana pun org tu bkn jodoh kt , ttp bukan utk kt buatlah mcmana pun . ape salahnya klu kt , berbaik?bukanlah lebih disayangi ALLAH :) .. ok pesanan ni utk myself jgk . once org ckp, knp awk x usaha klu awk suka dia? ok klu saya syg dia, suka dia, cukuplah sekadar berdoa utk dia, mintalah kpd ALLAH, hati pun x de yg akan busuk kan , simple je. :).
just think wise n b good to others insyaALLAH , ALLAH bukak kan jln k :) sorry yek klu ad yg terasa

Wednesday, February 23, 2011

:: ❤my privacy + myob ❤ ::

assalamualikum, bismilahirrahamirrahim ,penah dgr word P.R.I.V.C.Y tu ap x? sure suma tao kan? :) nina rasala kan, privacy tu klu ikut ap yg nina fhm definition sendiri2 ; privacy tu more kpd personal life kt, or anything which kt x nak make it public . might b with certain ppl yg kt nk share j. ok bl ckp sal life kan, everyone pun ad dia pny social life , suma org da tao one of social network yg tga HOT skrg ni "fb" or facebook. fb is one of nina pny "medium" to meet my friend secara informalnya.


hum, tapikan pelik gak,adela sstgh pihak yg nina x approved nk paksa nina add dorng, so alasan dorng sbb dorng nk kenal ,sepupu sendiri. ok nina x add tu adela sbb, sbb ape. sbb dorng tu gatal sgt dan bbrp sbb yg lain . sorry sgt2 bkn ape, fikirla sendiri, knp nina x nak approved dorng knp org lain boleh je nina approved. :)) bkn nak pilih kasih, klu stkat nina je x senang takpe, tp bl da ramai yg x senang dgn kamu fhm kan?? so, nina minta maaf sgt2 klu nina x approved sbb ade sbb. sorry sgt2.nina tau x baik cmtu. tp its my life its my privacy. :))

Saturday, February 19, 2011

:: ❤cantik ke kita? fikir2kanlah ❤ ::


asalamualikum, bismillahirrahminirrahim,apakah yang kita lakukan apabila bangun pagi? selalunya after menggeliat dan menggenyeh mata, kita akan ke bilik air untuk menggosok gigi. pastu mandi, bersabun dan bersyampu. selesai bersolat, kita bersolek. Bagi perempuan, wajah jadi cantik setelah dilukis semula. Bagi lelaki, wajah kembali terurus setelah membuat landscaping kecil dengan menebas misai dan janggut serta menyikat rambut.



Buat orang lelaki,tali leher yang terjerut kemas akan menampilkan gaya yang segak. Bagi orang perempuan, busana yang diperagakan akan menganggunkan ketrampilan. Perfume yang disembur menyegarkan bau tubuh dan menaikkan aura. Orang yang berselisih dengan kita boleh terhenti untuk menghidu bau minyak wangi yang kita pakai.
Itulah kebiasaan yang kita lalui sebagai manusia yang berkerjaya. Bagi golongan suri rumah, pelajar, mahupun yang masih belum bekerja, rutin harian yang dilalui lebih kurang sama juga. Dalam masa tidak sampai sejam, kita pun siap. Kita lalui semua proses mendandan diri separuh robotik ini sebaik sahaja bangun tidur.

Namun, pernahkah kita berhenti seketika, termenung dan merenung kembali buat seketika? Apabila bangun tidur, sebelum melompat atau bermalas-malas mengheret kaki ke bilik air, terciumkah kita bau tubuh sendiri terutamanya bau yang datang daripada mulut kita? Wangikah ia?

Apabila membelek wajah di cermin, lihatlah kelayuan mata sendiri yang cengkung dan bergelanggang kerana belum dipalit kelilingnya dengan celak dan shadow. Berapa garis kedutkah yang kita ada. Kurang daripada sepuluh atau sudah tidak terkira? Biasanya kita tidak sempat membilangnya kerana cepat-cepat menutupnya dengan bedak.



gambar sekadar hiasan :)

Bila diperhatikan betul-betul, rambut kita yang ikal seperti seludang kelapa sudah semakin lurus seperti berus periuk terpakai. Tidak lama lagi, warna putihnya akan melebihi warna hitamnya. Misai yang tebal pun sudah jarang-jarang dan tidak tentu hala tumbuhnya.

Otot-otot di tepi bibir yang biasanya ternaik hingga menyerlahkan wajah kita seperti orang yang sentiasa tersenyum, kini sudah kendur. Akibatnya, wajah kita yang serius kelihatan seperti sedang mencebir; menjadikan wajah kita persis orang yang sudah putus urat senyumnya.

Carilah kembali tanda lahir di tubuh, sama ada tompok putih di belikat atau garis di celah paha ~ yang hanya diketahui juga oleh pasangan kita; yang juga menandakan kita bukan manusia sempurna seperti batang tubuh artis yang sudah diphotoshop di komputer. Bagaimana pula perut yang punyai kesan pecah lemak hingga berjalur-jalur pecah seribu, tompokan hitam atau kutil yang mula tumbuh di merata tubuh?

Dan, lihatlah diri kita secara keseluruhan di cermin secara 360 darjah. Tataplah bentuk tubuh kita sendiri daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kepala, leher, tengkuk, bahu, lengan, dada, perut, paha, betis dan akhir sekali, kaki. Eh, sejak bila lubang hidung kita dah tak sama saiz rongganya? Bila pula tubuh kita rebeh sebelah?



Kita kini tidak lagi persis model yang cantik dengan keluk, lekuk dan luk di bahagian-bahagian yang sepatutnya. Justeru itu, apakah kita kini seorang manusia... atau kita telah bertukar menjadi makhluk yang menggelembung di sana-sini di bahagian-bahagian yang tidak seharusnya?



Tidur itu saudara mati." Demikian sabda Rasulullah, s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabarani dan Baihaqi. Ertinya, bangunnya kita daripada tidur itu seumpama bangun daripada mati. Wajah kita pucat, tidak terurus, tidak bermaya dan berbau. Sebenarnya tubuh dan wajah kita amat hodoh sekali!

Tetapi, oleh kerana terlupa mahu melihat kekurangan fizikal diri sendiri, kerana hendak berkejar menyoleknya, maka kita sudah alpa akan kecacatan bentuk zahir kita. Apabila kita menyarung baju yang lengkap dengan jalur dan warnanya, atau ropol dan rendanya, kita kelihatan segak sekali. Maka apabila mengatur langkah dengan bergaya kerana kasut tumit tinggi menjadikan postur tubuh membusung di ponggong dan dada... wah siapa yang tidak ingin menatap lebih daripada sekali?

"Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)." (Az-Zumar 39:42)

Sedangkan fizikal kita sendiri kita lupakan kerana sentiasa disalut dengan pakaian yang indah-indah, bagaimana pula dengan spiritual kita? Jika yang boleh dilihat itu tidak selalu dipandang, bagaimana pula dengan bahagian diri kita yang tidak dapat ditilik?

Apakah batin kita secantik yang kita anggap selama ini?

Ataupun ia lebih hodoh daripada kita yang zahir ini?

sama2 kt fikirkan ye :))

:: ❤tlg jgn wat benda bodoh ❤ ::


bismillahirrahmairrahim ,assalamualikum, owh post kali ni psl relationship yg kdg2 ikut hati ke, kesian ke, sbb kt betol2 suka org tu ~ heee. bila kt da kwn dgn ssorng within time yg agak lama tp tb2 dia confess sumthing, so might as well kt ckp benda betol j kt dia ap yg kt rasa, klu kt belum ready ckp not yet,klu kt rs lbh suka kwn ckp j cmtu, jgn tipu diri ok. :)

sbb KESIAN kt nk accept dia, no no no ! jgn wat cmtu bahaya~ sbb klu kt wat cmtu, kt yg fikir sal dia kt x fikir diri kt. :) we live on our own life, so we make decision 4 our own happiness. most girl suka lelaki sbb kesian. smpai bila kt nk kesian, kt x leh suka org sbb simpati, meaningnya its a good attempt to be sympathized but then,it shouldn't b more than ur simpati tu kan? :) so bl da klu suka sama suka move on je la , tapiii bl ad problem dlm relationship byk terutamanya GIRLL lbh suka ikut hati dr akal :))) .

nina mintak maaf if salah ckp, but dis is the fact . ok la, senang j, nina bg contoh ape yg jadi kt nina ; nina ade sorng kwn, dulu ktrng ok , then ad satu prob make nina keep away from dia, so then skrg dia mengaku salah dia, n dia nk nina accept dia balik? so, oklah tp as kwn j even afta u left me mcm ape j sorg2.

then dia expect nina nk terima dia mcm dulu? hum fikir jap, fikir jap n fikir jap.kata dia; saya manusia buat salah. owh, for me tgkla salah ape kan. klu salah dia tu, mcm agak KUDA mmg no lah kan. so bl dia dah ckp cmtu, its make me think twice, nina ckp boleh tp kt kwn mcm biasa, no more heart feeling, u dgn ur life n nina dgn nina pny life, but then lama2 he refused. he wants more than jst a friend.. dlm case ni , kpd girl TOLONG jgn kesian, sbb nina fhm pmpuan dia mudah simpati n kesian lalu memberi . tp stlah fikir dlm2 nina refuse ~ walwpun ade sstgh kwn2 yg soh kasi dia 2nd chance bla2 , tp like i said, back to dia punya kesalahan, klu layak utk diberi 2nd chance bagila, klu x layak, so jgn KESIAN ok, if u KESIAN kt dia, mmg bukan tak lain tak bukan Bodoh namanya :))


bkn apa, nina mintak maaf sgt2 if ad tslh ckp, tp fikirla utk diri sendiri sbb smpai bila kt nk fikir org kan? silap2 hari bulan kt kasi 2nd chance lg, dia wut menda sama ? so how's that? nak lagi ke cmtu? x nak kan? nnt yg nak terasanya kt.so advice kt sini, jgn kt buat sesuatu atas dasar nak ikut hati kt sgt, klu suka org tu , buat j ape dia nk, bagi je.las2 dia pijak kepala kt. JANGAN, NO! kt ISLAM , ade rules ALLAH da bagi , so ikutla ALLAH pny rules sebaik2 nya, pesanan ni pun utk diri sendiri jgk . :) sbb ape nina ckp jgn ikut hati sgt? sbb kt manusia, bkn nabi yang mempunyai hati yg bersih,suci dr segala dosa, so hati kt ni kotor, jd ap2 desicion knelah jgn ikut sgt hati tu ok? :)anything yg nina tsalh ckp mintak maaf sekali lagi~ :))


Thursday, February 17, 2011

::i kept thinking on yesterday ,and stop there ::

i kept thinking on yesterday and stop there,wondering and kept wondering, is life is too hard or i made it hard for me? ya ALLAH, i cudn't stand nor sit, im lost for a while. i cudn't be more stronger 4 dis, its like i'm stuck in yesterday ~

Monday, February 14, 2011

:: terharu sgt3 ,rs nk nanges ::

assalamualikum, bismismillahirrahamirrahim, ya nina x th nk ckp mcmana, week ni boss nina kasi project. pastu td kwn boss dtg, kebetulan boss x dak. then kwn dia lak nak bagi nina buat keja sikit. kwn dia tu ad landscape firm, hopefully ALLAH menolong nina dgn ini. klu nak nina nk keja dgn diaaaaa. :"( tak tau nk ckp cmna. keblkngan ni ALLAH bg byk benda yg bg nina sedih sgt3 in da same time nina hepi sgt3 . so skrng hepi pn ada, sedih pn ada.


ALLAH tu x penah putus2 bagi rezeki, nk jd hmba yg baik sgt2 utk ALLAH . tu la dream nina :"(. ALLAH pls guide my step, dgn nama ALLAH shj nina dpt melakukan sesuatu dgn sempurna. sempena maulidurrasul yg mulia nina nk ucapkan hepi birthday kpd Rasulullah s.a.w . rasulullah, x da baginda x tau macamana nina :( . ya rabbi ku pohon hidayah Mu yang berterusan buat diri ini serta seluruh umat islam , kurninakanlah kesetiaanMu padaku agar kami dapat menjadi hmba yg baik buatMu,kuatkanlah hati kami di jalanMu, sptmana Engkau yg sgt setia menemani hmbaMu di setiap keadaan hidup ini. ~ameen ~

Saturday, February 12, 2011

:: maisara ::

assalamualikum, mlm ni nina nk ckp psl sara sbb nina teringat anak paksu nina yg plg bongsu skali, nm dia maisara , dia sgtla ngada3+ lepastu sombong, suka nangis,tp sgt comel bg nina.hee. sara ni pandai sgt, ssh klu kt nk tipu dia sbb dia th kt tipu dia. ms nina tgk dia dia still x leh ckp lg tp skrg da besar sikit. waa :'( . kak nina miss sara sgt3. sara ada 4 org abg yg sgtla adorable dan sgt3 super nakal:)
ni gmba sara time dia nk try minum air kotak sendiri

sara time br lps nanges

dan ni pulak pic hero2 paksu nina ,abg2 sara yg sgtlaa super duper naughty ok!



lastly tadaaaaaaaaaa,pic sara plg latest , huhu sob2, dpt tgk pic j, bl la sarah nk balik kedah :'( miss u sara~



ni la video sara main play doh dgn salah sorng abg dia :) sara da boleh ckp ,alhmdulillah. :)

:: wuts on me ::

+i rather be hurt rather then hurting +
+i rather sacrifice myself for others,or if it sound stupid +

+i never say never +its hard to chance dis style on me. :'(
+silent , when sumthing's not rite+

+i really hv no idea's on guys+

+i luv someone wth my on ways , awkwardly +

+i will go if u no longer need me, n ill stay if u need me +
+i dont know how to flirt +
+i kept a secret of mine on me myself+

+i luv my mama, family n my besties ultimately out of dis world~
+im not myself+

+unperfect+



i dunno how to express my feeling

Friday, February 11, 2011

::kerja oh kerja suka ke x? ::

assalamualikum, bismillahirrahamirrahim,

post ni pasalll symptom kerja.. betol ke ayat ni symptom, haha biala betul ke x. bl nk p keja ;

1 . symptom mls pn tb2 rasa kan, (uh, sbnrnya nina pn x tau, mls ni ELOK KE x elok,ngeeee~ hari2 lain ok j, tp bl hari keja mls pn dtg.erk, nmpak mcm x ikhlas pn ad gak..hee tp alhmdulillah bersyukur ad gak keja kan )


2. symptom nk pakai baju apa..; erk ni yg plg nina x suka skali sbb hari2 penat j nk fikir nk pkai bju ap esk, waaa~ hari2 bju mcm lbh krg sama, tudung lak, nk kasi matching, klu x cmfirm kne tgr dgn mama! :P .

*klu x dak mama dgn ti (adik nina) haha, x th nk mintak opinion siapa. dulu time kt uia, roomates n kwn2 la jd mangsa kne pilih bju tuk nina time nk p class, sbb da bosan x tau nk pakai bju ap.hee, nasib le byk jgk jubah dgn bju kurung utk kerja.

3.symptom nk pakai tdg, elakkan shawl bg yg x biasa, klu x serbut nnt! :P UNLESS korng da biasa pakai shawl tu OK.


4. symptom nk brakfast, uh p ofis selalu kne paksa mkn dgn staff kt situ.hee alhmdulillah ,lama2 dorng dah tao yg nina x leh nk mkn breakfst sgt haha.nnt sakit perot.hee nk bt keja pn x senang. :)malu j, pgi2 slalu bekunjng ke toilet .haha

5.symptom berkaitan dgn baju, erkk, malu la , ad kakak senior kt ofis tu suka usik nina, dia suka ckp tiap2 ari bdak ni suka pakai bju lawa2. erk, maluuuuu la nina,tiap2 ari dia ckp mcmtu. T_T dah le pakai bju biasa j .(seriously nina mmg x suka bl org puji, rela dikutuk dr dipuji .sekian.)

suka sakat nina ;'( .yg ssorng lagi lak suka tya dah ad bf ke x. aiya. malu le tya soalan mcmtu kuat2~ pastu siap nk rkemen2 lg..hu~ x pela kot.mmg x suka mcmtu.tp bl dorng x da nina jd sunyi. :P sbb kt ofis tu byk lelaki. (sigh, x da org nk gossip2 or sembang2 . sedih T_T, itu yg kdg2 mambuatkan nina rs nk tkr company ;'( )




6. symptom nk mkn, bl nk makan, nina ni ssh sikit. especially time lunch, huh. ad la musim2nya bl nina rs x mao mkn nasik. sbb apa nina pn x tao, ikut mood, ahaha, mama nina pn pelik knp .

nina lak x reti nk beramah2 dgn lelaki. sorry sgt2 klu nk mkn pn nk kne ajak. aik, klu x ajak mcm2 la. erk, serious x fhm. :"(bkn bdk kecik lagi kan, nk kne ajak, klu kt akak2 tu x pela. sorry klu mmg salah nina. huhu. pelik2 la org2 ni~


7. symptom bekrja. hu bila bekerja nina plg ultimate ta suka klu kne wat detail drwing..sbb nina x reti. tp alhmdulillah maybe menda yg plg nina x suka tu baik for nina for future kan. lgpn ALLAH nk bg ilmu tu, haha, blajar2 n blajar new things every day.mmndangkan nina amik landscape (yg menyampah benar dgn construction drwing sbb ianya sgtla ssh,
dr time study dulu pn nina x suka subject ni ~ mostly lelaki la yg terer psl construction !) tb2 lak kne wat part detail utk building, haha pdn muka sape soh nk keja sgt kt firm tu kan. amik ~hee :P tp nasibla kakak cute tu x marah klu ad wat salah! hee :)



7. bl nk balik. huhu. bila nk balik ofis tu balik je la kan. ni x b4 balik, kne tegur dgn sorng kakak senior dia ckp b4 balik tu p la kt tiap2 staff lelaki ckp, abg bla2.. saya dah nak balik. eeeeeeeee, x ke pelik mcmtu ! geli la aih~ x mao la. so mintak maaf kakak ye skali lagi, sbb klu nina x suka mmg x mao n x kan buat! :P lgpun, terasa sgtla geli perkara sebegitu dan sgt awkward ~

p/s : suka2 la keja anda, sbb klu anda ta suka kerja anda, siapa lg nak suka kan? hee~:P bersyukurlah dgn ap ALLAH bagi, alhmdulillah :)

Wednesday, February 9, 2011

:: janji oh janji ::



bismillahirrahim, nk bebel sat psl promises or dlm bhsa mlyunya janji. janji oh janji~ rasulullah s.a.w penah bersabda , antara sifat2 org munafiq salah satunya adalah tak menepati janji. klu x leh tepati janji sbb ap janji? jgnlah berjanji, sbb takot janji tu akan memakan diri kt nnt. cthnya; bl time becinta, lelaki ke pmpuan kdg2 janji sama j. klu lelaki tu lbh la dikenali sbg "sweet talker". beware dgn sweet talker ni,sbb dr exeprience sendirilah nina nk bgatu. lbh baik x yah janji, tp buat terus ap yg korng janji tu.


antara ayat2 sweet talker" saya janji akan syg awk sorng j smpai bila2". haha seriously nina nk tergelak guling2.org mcmni beware! janji nk syg smpai bila2? boleh ke mcmtu? padahal kt x tau pn blh syg org tu ke x smpai bila2, myb kt tgh2 jln tb2 hati berubah? takdir tuhan yg tentukan , bkn kt so, jgn janji kpd gf or bf jgn janji ok? BEDOSA klu janji tp x buat.



lagi satu ayat nk muntah dr drama, " i janji i akan jaga u smpai bl2". ni pun satu, kan blh je ckp, sy berdoa supaya ALLAH lindungi kamu utk saya. sbb sy tahu sy x kan dpt jaga kamu mcm ALLAH jg kamu. kwn nina ad ckp, senang je, ko nk tau lelaki ni membohong ke x, lelaki bkn cam pmpuan dia x pegang janji, so sbb tu lelaki sng j nk takle pmpuan ayat j, pmpuan dah cair, dah dapat! tp sbnarnya lelaki they keep the action dulu bru words . ni kwn nina lelaki sendiri yg cakap, so x leh nk nafi.referring to action, cthnya klu dah syg, np x tunang dulu ke? nk tabur janji manyak2 pn x da maknanya encik2 dan puan2 sekalian~tp klu action menjurus kearah2 yg x elok,yg haram, tinggal j lelaki tu, x yah fikir pnjg, insyaALLAH ad yg lagi baik ALLAH bg nnt. ni ikut j ap benda yg dia nk, pegang2 pn kasi.aik~ LETEY le mcmtu. nina pn manusia penah wat salah, tp jagalah amanah ALLAH baik2, nk becinta nk couple x salah, tp jgn la smpai langar2 JANJI KT DGN ALLAH . :)


pastu bl break, mulala, dulu u yg janji bla2 bebel2 smpai pg nangis2. so, careful b4 tekena, kenal betul2 org tu dulu b4 nk couple k . kesian bakal suami/isteri kt nnt . da x da ap yg tinggal utk dorng. so nxt time klu x nak jadi menda2 mcmni siasat dulu org tu cmne k! :)

meh drg lagu ni :)






Tuesday, February 8, 2011

:: tlg ::

salam, ati x tenang arini. :'(. ya ALLAH, yg mempunyai nm2 yg baik.tlg nina tenangkan hati ni .nk buat ap pn x boleh. nina sedih. ;'(

Monday, February 7, 2011

:: hari yg pelik ::

assalamualikum, ok nk dgr cita x?

1st story

hari ini hairi nina yg agak pelik! pg td nina otw p office.memandngkan ofis tu dkt j dgn rmh.so nina suka jln pg2 p ofis. then otw p ofis tu tga jln2. tb2 ad la 1 keta berhenti kt tepi. nina pelik sbb dia stop dpn nina. so nina tpksa stop jln. tb2 driver dia bkak pintu n ckp, "eh, jomla, masuk saya hntrkan awk p keja. masukla." huhu. nina terkejut sekejap. knp org ni.

tbe2 j stop keta ajak naik sama, dah la dia sorg. huhu.then nina rep, erk,x pela. lgpun ofis kt dpn ni j.lelaki tu pn ckp, ala masukla, sy hntarkan.siap bukakkan pintu. sbb dah x tau nk buat ap nina pn ckpla, eh x pela,tq. nina da lambat ni.pastu trus jln laju mcm kilat kan.las2 org tu pn ttp pintu dan berlalu pergi. ~ huhu. agak scaryla org tu sbb dia dtg tb2 j trus stop kt dpn.da la bwk keja mcm gak laju. huhu .

2nd story

bia nina j yg tao! :P

moral of e story ; sila baca doa b4 kluar ye ! :)

::hanya kau::




assalamualikum wbt. gudnite! ni ha dgr lagu ni meh~ hee . org tu "used" to be my special one, dia la bg time dulu2 masa tga bercinta time x matured! kelakar la lagu ni.comel sgt music dia. lirik dia mmg la geli habis, nk muntah nina dgr!tp bkn nina yg suka, org bagi nina amik j ! hee :P. but melody(bckground music) dia, sgt comel, n i like :) ~ enjoy!

Friday, February 4, 2011

::mencari ketenangan hati ::


Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.

Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).


Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.Pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan lain-lain .

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya.
baik bukan ALLAH itu? :)

Firman Allah:
"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain.samala dgn nina ,sbg manusia mmg byk sgt salah, dan tiada kebaikan langsung pada nina, melainkan suma itu pinjaman dr ALLAH s.w.t . jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli~
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:


Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
rasa kehambaan

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah.

Firman Allah:


"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.

Rasa Bertuhan

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.

Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.

Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah:
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.


p/s : ya ALLAH, nina tak mampu jadi hamba yg baik jika bukan kerana kebaikan ALLAH, nina x mampu menulis melainkan kekuatan dari ALLAH, nina tidak mampu sujud sekalipun melainkan pinjaman dr ALLAH, nina juga tidak mampu memberi kasih syg, melainkan pijaman dr ALLAH,nina bodoh tanpa ALLAH , conclusionnya nina tiada apa2 melainkan semua hak pinjaman dr ALLAH yang maha suci.

::e good old days vs old town::

salam, nina x tau nk wat apa. kedah ni x da apa laaaaa~ kwn2 pun melambak2 kt kl! nk kua pun,mls~ heeee. tb2 teringat e good old days time nina practical kt s.alam dulu. huh! time kt s.alam dulu nina sewa rmh kt seksyen 3 kot.(haha, x ingat da; rasa2 la kowt) tp yg penting dkt2 dgn mcD n ada stesyn minyak tepi tu.sewa under MAIS.situ lak tmpt stdent uitm sewa under MARA sponsorship n mlm2 mmg ramai student UITM yg lepak2 kt situ.. ~ so bl weekend j mmg penuh student uitm kt food stall bwh MAIS yg lepak2 smbil isap shisa..mmg weekend slalu ktrng x kua la mlm2 sbb takot, kt bwh tu bnyk org2 "SCARY e MARY" . time2 bln puasa ms ktrng nk p solat selalu ad j org2 scary yg pandang mcm nk telan org! huuuuuu. menakotkan ,tmbah2 lak ktrong j girl yg sewa situ, first2 b4 sewa ingat suma org kt situ ad family, rupanya suma org x kawin lg, n stdnt uitm. so nak x nak tepaksalah ddk sbb x tmpat lain n since ktrng mmg x penah2 ddk area shah alam n for e 1st time ever time tu.



ni la tmpat tinggl nina ~


tibalah time bln ramadhan, nk rasalah solat kt masjid shah alam tu, tp fhm2 jela, da 3 org sewa suma ktorg 3 org dak uia kt situ.sbb tu time mkn kt bwh makcik n org yg amik oder dah kenal sbb slalu ber tiga. so x dpt sbb klu suma p sapa nk jg rmh, rmh lak dikelilingi org yg menakutkan~




yg bestnya,every month klu dpt elaun selalu wajiblah p lepak2 kt "oldtown white coffee" huhu.sob2 time tu lepak2 5 org dak uia yg prctical area shah alam.yg lain suma byk dpt area kl.sob2 nk travel ke ara gombak dulu kne naik komuter ~bes gak kdg2 naik komuter mcm2 org kt jumpa. haha . seriuos kelakar ingat balik~ klu x p old town , kdg2 lepak mcD j mlm2. huhu.dulu suka sgt mkn nasi lemak old town n white coffee ! nasi lemak dia x dala sedap sgt ok la! tp bru2 nina prof nina bgtau yg old town tu x th ststus halal dia . ;'(







so telan air liur la ! huu. ape nk buat dah mkn manyak kali dulu ~ x th nk ckp cmne time tao tu!terkejut pn ada. then klu weekend cik iman akan bw ktrng p jln2 kt jj bukit raja or jj bukit bintang(klu x salah la) .tu la port ktrng p tgk muvi jln2 nk window shopping.

klu tga mls nk p jj p kt 3 tmpat wajib ni : SACC. PKNS n plaza masalam! bes gak jln2 kt situ. tp klu p kt SACC mmg x leh nk beli ape la sbb taraf2 SACC tu agak ke arah2 PAVILLION .haha tmpat org2 kaya j. so cuci mata jela. kdg2 ad gak time tu si "ana raffali " tga nyanyi2 lagu dia time tu~ huhu . klu x pun ptg2 ktrng p jogging kt taman tasik shah alam yg dkt situ..hee~ mmg ramai org yg slalu jog situ, kwn nina yg kt uitm pn ad gak yg p sana. huhu

bl mlm , mulala plg takot skali rmh yg ktrng sewa tu MAIS x nk letak gril! da byk kali naik trn office tp x da apa2 gak. las2 rmh ktrng kne masuk pencuri! brg2 laptop kwn nina,buku bank,broadband n bbrp cd ilang~ tiap2 mlm pulak kul 2,3 pagi ad org suka main2 tombol pintu rmh mcm nk pecah masuk! :'( takottt sgt2!. bedoa jela time tu mmg ktrng x sbr nk habiskan prctical nk balik gombak sgt3. tu la experience serba sedikit time nina ddk sana! :)

Thursday, February 3, 2011

::sweet,hopefully to find e right one ::

salam semua, penah dgr x lagu kalau cinta. sape tah nyanyi lagu ni. rasanya alif satar ft joanna. wah~balik jln2 penat ! layan. nina plg suka part "Telah ku percayakan Hati ini padamu Maka kita tak saling risau!" O.K dis part nina rs sweet sgt2 ! so figure out sendiri sbb ap nina rs sweet~ haha sbb kbnyakan couple, x da menda ni,prob nina couple dulu pn sbb x da menda ni la ~ so hopefully i ll find e right person one day! :). ameen~

p/s :sygnya lagu ni nina x jmpa vid dia..sob2 ..huhu T_T

Tuesday, February 1, 2011

:: sombong ke?jgn salah fhm :) ::


bismillahirrahmainrrahim,alhmdulillah hidup lagi harini. mlm ni nk ckp pasal isu sombong . ap itu sombong ? sombong itu dlm bhsa arab"takkabur" atau merasa diri besar @membangga diri. kdg2 nina sendiri confuse antara sombong dan belagak? ap beza sombong dan belagak? haha . da pening~ oklah kali ni post sal ni sbnrnya nk ckp mcm2 org ad kt dunia ni n kdg2 klu sorng lelaki nk kenal sorng girl n tb2 jumpa girl yg jaga pergaulan dia, so then if dia x respond or sumthing bkn bermakna dia x nak, tp pecayalah ad sebab.bkn sesaja dia x nak response. mybe sbb dia kne jg pegaulan dia, klu dia x jaga dah smpai benda2 merepak x kan kt nk layan gak kan? :) nnt takotlah menda2 x elok. bkn senang nk jadi seroang pempuan dan bukan senang jgk nak jadi lelaki. bkn senang sorng pempuan nk menjaga dirinya mcm lelaki jgk. :)

pempuan ALLAH uji dia dgn cara tersendiri, dan lelaki pun ada ujian yg tersendiri. kdg2 lelaki ingat pempuan sombong padahal ad reason disebalik tu, kpd lelaki jgnla tersalah anggap, klu ssorng girl tu x response MAYBE , "MAYBE" sbb ada sbb. jgnla anggap dia poyo,sombong suma. so, klu girl sesama girl tu lain.itu wajiblah JGN sombong.. haha. sbb x da reason pun dia nk sombong sesama permpuan . :) samalah dgn pempuan pun, jgnlah kt borak2 yg bagi lelaki mendapat dosa.suara itu pun aurat! kesian dorng tao.n nina sendiri pn mengaku dulu time couple dia calling2. so dr situ, nina harap nina amik pengajaran! ALLAH bagi kt amanah utk dijaga . :)ni pesanan utk nina jgk! nina pn selalu lalai ! nina nk kongsi satu benda t sini, knp ALLAH suruh pempuan pakai tdg, sbb semua pempuan akan nmpak lebih lembut,cantik dan sopan bl dia pakai tudung. :)





Allah berfirman:
Ertinya:
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada
apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari
jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang.
Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik
(syurga).( Ali 'Imran: 14)

ALLAH jg berfirman, ad 3 benda bagi lelaki lemah,nafsu, perempuan, harta .so,sbb tu ALLAH jg ciptakan akal, bl dia nafsu dia cipta akal supaya kt dpt fikir mn baik mana buruk . klu pemuan pulak jgnlah nk mintak mcm2 brg nk shopping tu ini, klu lelaki itu x mampu y not kt sama2 kumpul harta kan? :))

kata-kata Syeikh Ali Ath-Thathawi;

Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa,
tetapi bila engkau tidak setuju,
laki-laki itu tidak akan berani,
dan andaikata bukan
lantaran lemah gemalaimu,
laki-laki tidak akan bertambah parah.
Engkaulah yang membuka pintu,
kau katakan kepada si pencuri itu :
silakan masuk..
ketika itu ia telah mencuri ,
engkau berteriak :
pencuri…! Tolong…tolong…
Demi Allah…
dalam khayalan seorang pemuda tidak melihat gadis
kecuali gadis itu telah ditelanjangi pakaiannya..
Demi Allah…
begitulah jangan engkau percaya apa yang dikatakan laki-laki ,
bahawa ia tidak akan melihat gadis
kecuali akhlak dan budi bahasanya.
Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat.
Demi Allah… ia telah bohong!
Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu,
kehalusan budi bahasa dan perhatian,
semua itu tidak lain hanyalah
merupakan perangkap rayuan!
Setelah itu apa yang terjadi?
Apa?

nina mintak maaf klu ad tesalah ckp ap2 k! :)

:: sj2 nina nk share .hee ::

penah dgr x pasal bath scrub? pada sesiapa yg x penah try lulur mandi,silalah try! sbb dia bes sgt2! seriously ~ tp yg nina penah cuba lulur mandi puteri binari.yg nina try tu susu beras punya ~harga dia x mahal pn bout 12.00 kot x slh, tp bl pakai tu, wah best sgt! sbb rs cam stress ilang,cam p spa lak ~ rasa ringan bdn kt. klu pakai scrub ni jgn pakai tiap2 ari, sbb nnt kulit akan jd kering, function scrub mandi ni nk buang menda2 kotor kt badan kt ~ kpd girl yg x penah try u hv to grab 1 now~ bath scrub ni jgk utk melancarkan pejalanan darah body kt. ramai yg x tau sal benda ni ! :) n ramai kwn nina yg x penah guna, aftar dintroduced dorng pn pakai~ trust me! so dis time around nina nk share ~ kpd yg nk beli ni la rupanya scrub tu! tp selalunya pas pakai scrub kne letak losyen ok jgn lupa!! klu x jumpa pueri binari pnya any bath scrub pon boleh!:)




selain tu ramai yg x tao berry bagus utk kulit! so rerajinla minum jus cranberry. mcm2 brand ada kt supermarket, peel fresh yg selalu wajib! ahaha. klu sesiapa yg da biasa amik pati berry tu teruskan sbb its really good 4 ur health.lg satu air kosong mmg wajib kne minum byk2 tao~ lagi satu jgn lupa amikla wudhu selalu dan membaca surah yusuf :)

:: pls2 jaga mereka utk nina ALLAH ::

bismillahirrahmanirrahim, uh i'm worried of her! T_T. oh ALLAH pls take care of her for me ~ anything happend akak ada utk adik(ika)tao ~ :)sbr byk2 k syg akak! kpd ainie semoga semuanya bejalan lancar k! :)insyaALLAH.

::jika kebahagiaan bkn milikku, tlglah temaniku ya ALLAH ::


bismillahirrahmanirrahim, alhmdulillah,nina bersyukur dpt tulis entah post yg keberapa kali ni, ya ALLAH setiap hari nina mohon kekuatan hati dlm menghadapi ujianMu ~ tq ALLAH sbb bg nina "test" mcmni.kali ni pnya ujian,sgt besar nina rasa dlm byk2. tabahlah wahai hati,kuatlah , ALLAH selalu dgn kamu nina! :) semalam nina ad bc satu blog.blog tu tulis seorng pempuan ini, mimpi dia didtgi rasulullah s.a.w. dlm mimpi tu rasulullah memngis dan menyebut :'ummati" sebyk 3 kali. ya ALLAH,sesungguhnya engkau maha sempurna,mempunyai nama yang cantik ampunilah setiap dosaku sekiranya aku menjadi hmbaMu yg melampai batas. betapa rasulullah sgt ikhlas mencintai engkau ya ALLAH dan umatnya sendiri. :'(




Ad sorng ulama penah berkata ;

“Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu”.


kata2 ni diqoute dr sorng syeikh yg nina admire sgt2. syeikh ini subhanaallh sgt2 humble. so dr kata2 nilah nina dpt inspiration dr dosa2 yg lalu.nk sgt dr seHUMBLE dia. even kdg2 org tu penah lakukan dosa sebesar mana pun, jika dia bertaubat dan menyesal, dia adalah mulia dr kita disisi ALLAH.


dulu time skolah nina mmg pakai tdg besar, tp adkah tudung besar tu nk menjamin nilai kt disisi ALLAH?baguslah klu kamu tdg besar, tp jgnlah kt rs kt hebat sbb kt tudung besar . nina mintak maaf sgt2 bkn nk memburukkan siapa2 tp nk bgatu kt sini; kt ni bkn sapa2,ingatlah suma manusia sama disisi ALLAH maha besar, yg membezakan kt hnyalah hati kita, dan yg menilai manusia itu haknya ada pada ALLAH bkn pada kt.nina penah kne sound dgn kwn 1 time, "wah , skrng da byk ek kau berubah, dulu tudung labuh gila kt matrix , skrng cuba tgk ko cmne? tudung labuh pn x pakai da.. astagfirullahazim, ya ALLAH nina nk mintak ampun bg pihak budak yg ckp tu. pas dia ckp nina diam j, mmg nina senyum j kat dia.bg nina tudung besar ke kecik, x da beza, dan nina nk nasihatkan diri sendiri juga supaya jgnlah kt menilai org sesuka hati sbb yg hnya layak menghukum hnyalah ALLAH, kt sendiri x blh nk confirm yg tudung besar tu baik ke pengakhirannya nnt dan tudung singkat tu buruk pengakhirannya?

so, fikir2kanlah,hidayah itu milik ALLAH S.W.T j, klu dia nk hati yg sekeras batu spt saidatina umar al-khattab boleh berubah menjadi selembut air ~ cukuplah nina sbg permpuan menjaga aurat krn hukum ALLAH dan sbb org yg nina syg nnt .:) klu nina tersalah ckp mintak maaf kpd suma :)

ni ad satu qoute yg nina suka sgt2 dr satu2nya novel yg nina baca;

"tatkala cinta berbisik , suara memuji TUHAN, pabila rindu terusik rasul menjadi pilihan "

semoga kita ditetapkn hati dan hope ALLAH ll kept us close to HIM :)) n mcm biasa enjoy dis beautiful songs ye:)