Sunday, April 22, 2012

perginya seorang ayah~

assalamualikum w.b.t ,
may peace be upon all of u ,

teringat, teringat akan saat indah bersamanya, tak ingin tak ingin masa itu berlalu,terlalu banyak yang tersimpan di dalam kotak memori hati ini. kerana ALLAH itu mentakdirkan dia, memilih dia sebagai ayah kepada nina. ya ALLAH,sesungguhnya Engkau selalu memberikan yang terbaik buatku, walawpun aku tahu aku bukanlah yang terbaik di kalangan hamba hambaMU. 

Masa berlalu begitu pantas,1 tahun abah mengidap kanser,dan dalam tempoh itu jugalah abah kelaur masuk hospital. badan abah yang dulu kuat,sihat,sudah bertukar lemah dan lesu. abah dah tak mampu berjalan dengan sendiri, saban hari keadaan abah makin teruk,alat bantuan oksigen menjadi pergantungan, tiub disumbat kedalam perut, kaki abah dipenuhi dengan air kanser menjadikan kaki abah bengkak seperti belon. sedih,sedih melihat abah dalam keadaan macamtu. setiap hari dr terpaksa bagi minum morfin sebagai alternatif ubat menahan sakit. 

"Saya mintak maaf, memang kami dah tak boleh buat apa, hanya semangat dalam dirinya yang mampu melawan penyakit ni. hanya miracle dan doa yang mampu selamatkan dia.virus kanser tu dah merebak ke tulang dan paru paru dia. sabarlah banyak2 ya." begitulah kata kata seorang doktor,dia hanya membantu tapi yang mmenyembuhkan hanya ALLAH. dalam hati hanya ALLAH yang tahu, betapa saban hari aku merayu dalam doanya supaya aku tidak berputus asa dari rahmatNYA yang melangit luas. 

abah,saban hari berlalu, abah semakin lemah, tapi kakak tahu abah kuat semangat, walaupun doktor dah bagitau abah memang dah tak boleh jalan, tapi abah nekad membeli mesin untuk kuatkan otot kaki. sekarang mesin itu hanya sebagai kenangan di rumah ini. abah, dari kecik sampai besaq abah jaga kakak dengan penuh kasih sayang. kasih sayang itu ada walaupun tidak ditunjukkan . abah sangat menjaga maruah kakak dan adik2 sebagai seorang perempuan. bilamana keluar rumah, baju tak boleh singkat dari punggung, rambut tak boleh terdedah suka suka hati. suatu masa dulu, kakak pelik,kenapa abah tak pernah bagi kebenaran kakak untuk bekerja walaupun ia hanya sementara dalam tempoh menuggu result spm keluar. kawan2 lain kebanyakan bekerja, adalah pendapatan sikit, tapi abah berkeras dengan alasan, abah lebih suka kakak duduk di rumah dari bekerja di luar dengan umur sebegitu, nak duit, tak apa mintak abah bagi.tapi nak kerja belum lagi sampai masanya. "kakak tu anak permpuan, jadi abah kena jaga elok2." begitulah kata kata yang kelaur dari mulutnya.abah, di saat ini kakak mengerti terlalu banyak pengorbanan abah terhadap kakak dan kelaurga kita. 

Gambar abah ketika menunaikan umrah pada tahun 2010
abah, sudah takdirNYA abah pergi dulu selepas arwah adik yang meninggal belum cukup setahun,abah menyusul pergi. abah, kakak tak tahu kakak boleh kuat atau tak. tiap2 malam kakak teringat dekat abah.abah selalu usik kakak. kakak terlalu sayang abah. tak dapat bayangkan hidup kakak selepas ni. yang pasti al-quran sebagai bekalan untuk abah,adik,datuk, nenek,para guru serta muslimin muslimat setiap hari. insyaALLAH semoga istiqamah. benarlah,nikmat sihat itu sangat berharga dikala sakit, kekuatan itu hanya milikNya yang dipinjamkan oleh ALLAH untuk setiap hambanya.DIA,DIA berhak menariknya bilamana DIA mahu. 

*kita sebagai hamba ibarat tempat sasaran memanah,apabila anak panah (ujian) itu datang,mahu atau tidak kita kena terima dengan hati yang redha. yang pasti, suatu hari kepada DIA jualah kita kembali. beruntunglah orang2 yang dapat menjaga hubungan yang baik dengan yang MAHA ESA. semoga arwah abah dan adik dtempatkan bersama orang2 yang hampir denganNYA. al-FATIHAH