Saturday, July 4, 2015

siapakah yg dikatakan beriman itu?

assalamualikum wbt.
bismillahirrahmanirrahim

Yang dikatakan orang yg beriman itu adalah mereka yang menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan dan petunjuk di dalam setiap sudut kehidupan mereka. Jadi di sini, apakah maksudnya orang yang beriman itu sama maksudnya dengan soleh? Mari kita teliti surah Al-Imran ayat 114 yang bermaksud: 

Mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, menyuruh kepada segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (mungkar), dan mereka pula segera mengerjakan pelbagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

Merujuk kepada ayat di atas, Allah s.w.t menyatakan dengan jelas orang yg beriman itu adalah termasuk di kalangan orang2 yang soleh. Iaitu mereka yang menyeru kepada 'kebaikan' dan menegah dari segala perbuatan yang 'mungkar'. Bagaimankah yang di katakan sesuatu itu sebagai 'kebaikan' dan bagaimanakah pula sesuatu perkara itu tergolong dalam perbuatan 'mungkar'. Iainya apabila sesuatu perkara itu yang dari sudut kod etika nya diterima dan ditolak oleh masyarakat. Misalnya, 'mencuri', 'berjudi', 'merosakkan harta awam' dll dinggap sesuatu yang buruk pada pandangan umum @masyarakat itulah yg dikatakn perbuatan buruk,salah atau dalam erti kata lain 'mungkar'! dan begitulah sebaliknya..


Selain itu, di dalam surah an-Nisa ,ayat 136 ,firman Allah, maksudnya :

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."

Allah s.w.t menyatakan bahawa orang-orang yang beriman itu mereka percaya kepada Allah & Rasulnya, segala yang terkandung di dalam kitab2 Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w ,Malaikat, Kitab2 Suci terdahulu, dan Hari Akhirat.Sesiapa yang tidak taat dan percaya kepada Allah maka , orang2 tersebut adalah dalam kalangan mereka yang amat jauh kesesatannya..

Jika diteliti, dikaji dan diselidik , seringkali  dan terdapat banyak ayat-ayat dalam kitab Al-Quran , yang Allah s.w.t menggunakan ayat 'wahai orang -orang yang beriman' . Kenapa Allah s.w.t tidak menggunakan perkataan misalnya ' wahai orang- orang Islam' atau 'wahai orang-orang yang baik'? . Jelaslah di sini, menunjukkan bahawa orang-orang yang beriman itu sudah tentunya Islam, dan bukan semua orang Islam itu benar-benar 'beriman'. Kita bukanlah orang yang selayaknya menilai individu lain , tetapi membuktikan bahawa jika kita mahu tergolong dalam golongan yang berjaya di sisi Allah & Rasulnya hendaklah sentiasa memastikan bahawa ciri2 orang beriman itu ada pada diri.  Al-Quran itu adalah kunci dan 'manual book' kepada kehidupan orang-orang beriman, serta merupakan 'medium' komunikasi antara Rab dan hambanya. Seringkali kita berhubung dengan manusia lain menggunakan handphone, melalui pelbagai cara seperti 'whatsapp, telegram, instagram,facebook' serta banyak lagi bentuk2 media sosial yang digunakan untuk sentiasa 'keep in touch' dengan mereka. 

Tetapi, adakah pernah kita terfikir apakah caranya untuk 'keep in touch' atau berhubung dengan Allah s.w.t selain solat dan doa? Jawapannya adalah Al-Quran. Ya. Itulah kitab dan panduan , manual book seharian yang setiap inci kehidupan harian kita di sebut di dalamnya, hatta setiap inci peraturan kehidupan dan alam semesta itu jika diteliti tidak pernah ada yang bertentangan dengan hukum akal sekali pun! 

Akhir kata setiap dari kita mahukan dan mengimpikan SyurgaNya bukan? Maka marilah sama-sama kita meneliti salah satu ayat Al-Quran dalam surah at-Taubah ayat 72, firman Allah s.w. t, tentang orang-orang yang beriman, maksudnya  :

" Allah menjanjikan orang-orang yang BERIMAN, lelaki dan perempuan , (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar. 

Moga-moga kita tergolong di dalam golongan yang beriman.

InsyaALLAH
.
Ameen.