Friday, December 24, 2010
wahai hati~
wahai hati, knp kamu resah.., wahai hati knp kamu rasa kosong.., dimanakah hilangnya ketenangan yg mewarnai hati ini.. bkn manusia yg ku pinta untuk menemani hati ini.. manusia itu sendiri tidak mampu memberi ketenangan hati , resah tetap di hati walau ad yg menenemani, kenapa dulunya damai kini penuh resah dan tidak damai lagi? ya Rabbi, bila keseorngan tenang rasanya, bersama alam yg mewarni , subhanallah sgt indah~ setiap hari awan itu tidak pernah sama bentuknya, setiap batu tidak sama teksturnya..subhanallah, yg bijaksana maha penang jiwa .. tenagkanlah hati ini dgn zikirmu, rasulullah s.a.w pernah bersabda; ada satu organ yg sgt penting krn ia dianggap ibu segala anggota iaitu hati..pentingnya hati itu, krn ia hanya satu2nya kurniaan ALLAH s.w.t yg hnya ada pada makhluk bernyawa.
jika menjadi hmba yg redha mengapa perlu bersedih? jika menjadi hmba yg sabar mengapa perlu meratap dan kecewa meyelubungi? sesungguhnya setiap satu ciptaan ALLAH s.w.t tidak pernah sia2.. hadirnya keadaan sedih itu, bkn utk menunjukkan kt tidak redha, tetapi supaya lbh menghagai rasa bahagia itu, hadirnya kekecewaan itu, supaya manusia lebih menghargai kejayaan dlm hidupnya.. dan hadirnya keresahan hati itu utk mengigatkan kita betapa beharganya sebuah ketenangan yg kt miliki..Allah itu maha pengasih dan penyanyang tiada yg lebih bermakna selain kasih sygNya terhadap hambanya serta penyembahaan hmbanya terhadap khliq yg satu iaitu ALLAH maha besar..
Pandangan mata hati, berfikir dapat hasilkan insan menilai nikmat kurniaan Tuhan.
AHLI tafsir terkemuka, Imam Ar Razi, ketika menafsirkan ayat ‘Al-Rahman Al-Rahim’ (surah al-Fatihah) menyebutkan dua kisah sangat mengesankan dan menunjukkan betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
Satu kisah itu ialah pengalaman seorang salih dan ahli sufi bernama Ibrahim Adham. Pada suatu hari Ibrahim menjamu selera di rumah seorang ketua kaum. Ketua kaum itu menghormati beliau dengan menghidangkan makanan enak.
Ketika Ibrahim hendak menyuap, tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar makanan itu. Ibrahim segera melihat bahawa pasti ada suatu pengajaran daripada tindakan aneh burung itu. Beliau segera bangkit dan berjalan mengikuti arah burung itu terbang.
Ibrahim ternampak gagak itu menjatuhkan makanan ke suatu tempat. Ibrahim mendekati arah jatuhnya makanan itu. Setibanya di tempat itu, Ibrahim menyaksikan seorang lelaki yang diikat dalam keadaan terlentang di bawah sebuah pohon rendang.
Rupa-rupanya makanan yang dijatuhkan burung gagak terus masuk tepat ke mulut insan tidak berdaya itu. Ibrahim segera mengagungkan Allah, yang menyelamatkan hamba-Nya yang tidak berdaya.
Secara logik akal, insan itu tidak akan hidup lama dalam keadaan terikat seorang diri di hutan namun, kerana kasih sayang Allah, Dia menghantar gagak untuk membantu insan malang itu.Cerita Ibrahim menggambarkan mengenai sikapnya yang melihat kebaikan di sebalik kejadian yang kelihatan buruk. Apabila setiap sesuatu itu dinilai melalui mata hati insyaALLAH .tiga perkara mencapai kecemerlangan ; ilmu, kemahiran dan sikap.Andai kata kita ingin menjadi sahabat yang cemerlang, hanya sikap menjadi penentu.
Seruan itu juga adalah seruan Ilahi dalam al-Quran. Berapa banyak ayat yang seolah-oleh bertanya kepada manusia, “Tidakkah kamu melihat?” dan kritikan buat manusia yang membutakan diri, “Apakah kamu tidak melihat?” Ada pelbagai cara untuk memandang, iaitu pandangan mata, akal, nafsu dan mata hati. Cara paling baik untuk menentukan sikap ialah dengan pandangan mata hati, pandangan digandingi dengan aktiviti berfikir untuk menghasilkan yang terbaik bagi semua pihak.
Dalam kehidupan sehari, sedar atau tidak kita sentiasa mendapat pertolongan Allah terutama saat berada dalam keadaan sgt memmerlukan pertolongan dan sangat terdesak. Kita sering dimanjakan dengan kasih sayang-Nya. Namun, kita selalu melupakannya.Malah, kadangkala kita sering menganggap bahawa kecemerlangan dicapai kerana kehebatan kita. Akibatnya kita acap kali menjadi sombong dan bangga kerananya. Kita ambil mudah banyak perkara dan melanggar hukum-Nya, dengan pelbagai alasan yang kita reka sendiri. Walhal sebenarnya nikmat itu hanyalah kurniaan Allah.
Justeru pentingnya kebersihan hati utk mencapai ketenangan abadi. kebahagiaan hakiki bknlah harta, ttpi ketenagan yg dicari ..subhanallah jika hati bertemu dgn ketenangan tiada apa yg lbh bermakna selain dr saat itu ~ ... ya ALLAH, masukkanlah kami di kalangan hambaMu yg tenang hatinya , kuatkanlah hati kami, serta jadikanlah kami golongan yg bertaubat ~ ameen ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment