Saturday, July 21, 2012

It's RAMADHAN again!

assalamualikum w.b.t everyone :),

New post again huh! since its a fasting month (Ramadhan kareem) well lets talak about it!

Puasa dalam erti kata lain bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi in wide context kita juga berpuasa dari hawa nafsu :). Didalam tinjauan syara adalah bentuk menahan diri dari beberapa hal tertentu, yakni menahan diri dari makan, minum dan hubungan suami istri serta beberapa hal lainnya yang terlarang oleh syara’, yang dilakukan pada siang hari dalam kondisi yang disyariatkan.



Tarifan puasa itu sendiri sangat indah jika dihayati. Puasa mengajar erti kesabaran kepada umat Islam, dan puasa juga mengigatkan kita kpd bagaimana saudara seIslam kt yang berada di bumi Palestine, Afganistan menghadapi hari hari mereka sekain kalinya dengan berlapar dan dahaga sepanjang tahun. 

Hakikat zahirnya, mereka kekurangan makanan dan minum, tetapi tidak berlainan pula halnya dengan HATI mereka. HATI-HATI mereka tidak lapar,sentiasa kenyang dengan zikrullah,kalamullah, dengan KETAKWAAN mereka,

HATI-HATI ITU bebas dari tawanan HAWA NAFSU duniawi.

MasyaALLAH, betapa mata hati mereka ALLAH pelihara.

Bagaimana pula kita di sini? walaupun zahirnya kita berpuasa, tetapi adakah hati kita turut sama berpuasa dari keinginan duniawi? 

semoga ALLAH memelihara HATI-HATI KITA sepertimana ALLAH MENJAGA HATI HATI mereka.

insyaALLAH, alangkah gembiranya hidup bebas dari hawa nafsu, bisikan syaitan laknatullah, dan alangkah bahagianya mereka yang hidup berTUHAN setiap saat di dalam hidupnya. Yang penting, kita ada usaha untuk menjadi hamba yang disayangi ALLAH sehabis daya. insyaALLAH :) May ALLAH ease our journey throughout this Ramadhan.insyaallah. 


p/s : SEMOGA SETIAP KALI TIBANYA RAMADHAN ,KITA

MENJADI MESLIM YANG LEBIH BAIK DAN ISTIQAMAH

DI BULAN BERIKUTNYA! YA HAYYU YA QAYYUM,

HIDUPKANLAH HATI HATI KAMI!

Recite more quran, zikrullah,may our Ramadhan showered with HIS blessing!  :)



RAMADHAN KAREEM EVERYONE! 


Sunday, April 22, 2012

perginya seorang ayah~

assalamualikum w.b.t ,
may peace be upon all of u ,

teringat, teringat akan saat indah bersamanya, tak ingin tak ingin masa itu berlalu,terlalu banyak yang tersimpan di dalam kotak memori hati ini. kerana ALLAH itu mentakdirkan dia, memilih dia sebagai ayah kepada nina. ya ALLAH,sesungguhnya Engkau selalu memberikan yang terbaik buatku, walawpun aku tahu aku bukanlah yang terbaik di kalangan hamba hambaMU. 

Masa berlalu begitu pantas,1 tahun abah mengidap kanser,dan dalam tempoh itu jugalah abah kelaur masuk hospital. badan abah yang dulu kuat,sihat,sudah bertukar lemah dan lesu. abah dah tak mampu berjalan dengan sendiri, saban hari keadaan abah makin teruk,alat bantuan oksigen menjadi pergantungan, tiub disumbat kedalam perut, kaki abah dipenuhi dengan air kanser menjadikan kaki abah bengkak seperti belon. sedih,sedih melihat abah dalam keadaan macamtu. setiap hari dr terpaksa bagi minum morfin sebagai alternatif ubat menahan sakit. 

"Saya mintak maaf, memang kami dah tak boleh buat apa, hanya semangat dalam dirinya yang mampu melawan penyakit ni. hanya miracle dan doa yang mampu selamatkan dia.virus kanser tu dah merebak ke tulang dan paru paru dia. sabarlah banyak2 ya." begitulah kata kata seorang doktor,dia hanya membantu tapi yang mmenyembuhkan hanya ALLAH. dalam hati hanya ALLAH yang tahu, betapa saban hari aku merayu dalam doanya supaya aku tidak berputus asa dari rahmatNYA yang melangit luas. 

abah,saban hari berlalu, abah semakin lemah, tapi kakak tahu abah kuat semangat, walaupun doktor dah bagitau abah memang dah tak boleh jalan, tapi abah nekad membeli mesin untuk kuatkan otot kaki. sekarang mesin itu hanya sebagai kenangan di rumah ini. abah, dari kecik sampai besaq abah jaga kakak dengan penuh kasih sayang. kasih sayang itu ada walaupun tidak ditunjukkan . abah sangat menjaga maruah kakak dan adik2 sebagai seorang perempuan. bilamana keluar rumah, baju tak boleh singkat dari punggung, rambut tak boleh terdedah suka suka hati. suatu masa dulu, kakak pelik,kenapa abah tak pernah bagi kebenaran kakak untuk bekerja walaupun ia hanya sementara dalam tempoh menuggu result spm keluar. kawan2 lain kebanyakan bekerja, adalah pendapatan sikit, tapi abah berkeras dengan alasan, abah lebih suka kakak duduk di rumah dari bekerja di luar dengan umur sebegitu, nak duit, tak apa mintak abah bagi.tapi nak kerja belum lagi sampai masanya. "kakak tu anak permpuan, jadi abah kena jaga elok2." begitulah kata kata yang kelaur dari mulutnya.abah, di saat ini kakak mengerti terlalu banyak pengorbanan abah terhadap kakak dan kelaurga kita. 

Gambar abah ketika menunaikan umrah pada tahun 2010
abah, sudah takdirNYA abah pergi dulu selepas arwah adik yang meninggal belum cukup setahun,abah menyusul pergi. abah, kakak tak tahu kakak boleh kuat atau tak. tiap2 malam kakak teringat dekat abah.abah selalu usik kakak. kakak terlalu sayang abah. tak dapat bayangkan hidup kakak selepas ni. yang pasti al-quran sebagai bekalan untuk abah,adik,datuk, nenek,para guru serta muslimin muslimat setiap hari. insyaALLAH semoga istiqamah. benarlah,nikmat sihat itu sangat berharga dikala sakit, kekuatan itu hanya milikNya yang dipinjamkan oleh ALLAH untuk setiap hambanya.DIA,DIA berhak menariknya bilamana DIA mahu. 

*kita sebagai hamba ibarat tempat sasaran memanah,apabila anak panah (ujian) itu datang,mahu atau tidak kita kena terima dengan hati yang redha. yang pasti, suatu hari kepada DIA jualah kita kembali. beruntunglah orang2 yang dapat menjaga hubungan yang baik dengan yang MAHA ESA. semoga arwah abah dan adik dtempatkan bersama orang2 yang hampir denganNYA. al-FATIHAH

Saturday, March 31, 2012

aku ingin mencintaiMU

assalamualikum w.b.t,may peace b upon all of u ,
susah untuk nina tulis entry kali ini, susahnya sebab nina tak tau nak terjemahkan perasaan yang nina rasa ni dalam perkataan.susah sgt ya ALLAH. tp nina tau nina kena kuat. kadang2 rasa mcm mimpi pun ada. senang cerita hidup kita,mati kita, nafas kita dalam gengamanNYA. pelik ,pelik tapi itulah hakikatnya bila kt tau yang ujiannya datang kita harus tabah menghadapinya walau seperit manapun ia, pasti ada jalan keluarnya. ya muhaimin,ya ALLAH pemberi rasa aman,Kau berilah rasa aman itu dalam hati ini di dalam setiap langkah hidupku. kat sini ad beberapa surat untuk orang2 yang nina rasa penting dalam hidup nina.
surat 1
assalamualikum abah, semoga abah berada dalam lindungan ALLAH s.w.t selalu,abah,tahnk you sebab masa kecik2 abah selalu tepuk kakak sampai kakak tidoq, abah selalu bawak p jalan2, thank you sebab mendidik dan menjaga kakak sampai kakak menjadi manusia.thank you sangat2.abah,walaupun kakak tak pernah rasa macamana sakit dan perit yang abah hadapi,tapi ALLAH tau, ketahuilah abah ALLAH sayang abah sangat,abah setiap hari kakak bangun dari tidur, hanya satu, kakak nak teangok abah baik, kakak nak tengok abah jalan, kakak nak tengok abah senyum ,gelak, banyak sangat pengorbanan abah buat kakak dan adik2, abah kakak minta maaf sangat sebab hanya doa yang kakak mampu untuk abah, abah tolonglah kuat ya! each and every day kakak p sekolah, rasa macam lost something, tak rasa semangat. HILANG. tak tau kemana ia pergi. abah, kakak hanya ada 1 abah yang Allah berikan untuk kakak. jadi kakak doakan Allah maha pelindung, manjaga abah sepanjang ketiadaan kakak di sisi abah. abah cepat baik ok! please,please, coz i dont believe in doctors,i dont believe in medicine n i just believe in ALLAH, the one who cures and ease everything,the one who always be with us all the time.
surat 2
assalamualikum mama,mama,thank you sebab lahirkan kakak.thank you sebab membesarkan kakak dengan penuh kasih sayang, mama, banyak sangat pengorbanan mama untuk kakak dan adik2. mama, kakak sayang mama sangat. mama,kakak mintak maaf kakak selalu susahkan mama. mama,kakak tahu di saat ini fikiran mama bercelaru,fikiran mama tertumpu dekat abah; sakit yang abah hadapi. mama, dalam apa jua keadaan tolog kuatkan diri mama,sebab mama masih ada kakak dan orang2 lain. anggaplah semuanya ujian dariNYA.
dalam hidup kita,memang kita kadang2 diberi pilihan, andai kita tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.pasti jalan itu bukan menjadi pilihan. itulah uniknya ujian ALLAH untuk setiap dari kita. ALLAH itulah sumber kekuatan.Kadang2 hati ini rindu,rindu pada siapa pun nina tak tahu. yang pasti, dalam hati ini ada orang yang nina cintai, cuma nina merasakan nina tak berhak keatas dirinya. biarlah nina simpan rapi rasa cinta itu di dalam doa. bila kita mencintai seseorang,janganlah biar orang itu terjerumus ke lembah hina. jaga ALLAH maka Allah akan menjaga kamu. jagalah hubungan cinta dgn orang itu semoga ia berada dalam redha ALLAH. semoga cinta itu menjadi pahala untuk kita,meraih redha ALLAH, bukan menambah dosa yang sudah cukup banyak untuk ditanggung.nauzubillah. pujuklah hati supaya ia mengerti bahawa dalam setiap ujiannya ada sebabnya yang kita sendiri kurang mengerti. didiklah hati supaya ia melihat sesuatu dari mata hati . semoga ALLAH menerangkan mata hati kita. InsyaALLAH.