Monday, October 26, 2009

hidup ini..

bismillahirrahmanirrahim..kadang2 diri ini malu kpdNya, terfikir sendirian , jika inikah dunia maka jauhilah aku daripadanya.. jadikanlah hidup dan matiKu hanya padaMu, jika difikir semua makluk tunduk padaNya, berzikir padaNya, tapi diri ini kadang-kadang lalai, hanya diuji dengan dunia, sudah rebah tersungkur.. diciptakan diri ini dengan hati yang bersih dan suci, subhanallah .. dan diri ini berfikir, bagaimanakah amanah yg diberi Allah ? Ya Allah, janganlah debu-debu dosa dan nafsu menjadi penghalang aku dgnMu,malunya dengan Rasulullah s.a.w. mulianya akhlak baginda, bahagianya hidup bersama Tuhan, jadikan diriku ini hamba yg berzikir padaMu setiap saat .. beratubat padaMu setiap masa, sesungguhnya banyak hutangku padaMu, tidak terbalas walaupun sedikit.. hanya yg ku harapkan cintaMu ya RABBI..permudahkanlah perjalanan aku dalam mengenaliMu .. sedih, pilu dengan sikapku terhadapMu.. hanya engaku memahami diriKu .. walaupun aku tidak layak untukMu, tapi ketahuilah, aku tidak berniat melakukan kesalahan padaMu..Ya ALLAH jadikanlah aku hamba yg baik padaMu..yg hanya pandang pada wajahMu.. tq Allah for everthing ..for giving me this life..berilah aku kekuatan, selamatkanlah aku dari dunia ini.. sesungguhnya engkaulah maha penyayang lagi maha pengampun.Jadikanlah aku hamba yg sentiasa taat dan berfikiran mengikut hukumMu..ampuni aku Ya rabb.

berkata Syeikh ibnu ' Atillah ;

” Satu maksiat/dosa yang menyebabkan kamu merasa kerdil,rendah diri,hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) itu adalah lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, hebat dan bangga {sehingga ke tahap ujub].

No comments:

Post a Comment