Friday, February 22, 2013

ada apa dengan MAKANAN?

Assalamualikum wbt.
selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,
sedikit perkongsian ilmu yang tidak seberapa kali ini berkaitan MAKANAN.

ALLAH s.w.t berfirman dalam al -quran :

Makanlah yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami kurniakan dan bersyukurlah kepada Allah atas kurniaanNya.” ( Al-Baqarah:172)

“ Makanlah dari makanan yang baik, dan kerjakanlah amalan-amalan yang soleh.” (Al-Mukminun : 51)

Penting atau tidak makanan yang dimakan oleh kita sehari harian boleh kita ukur dari ayat diatas. Masakan apa yang kita makan tidak penting,walhal Allah s.w.t sendiri telah berfirman dan menyebut sendiri di dalam beberapa potong ayat di dalam kalamNya yang  agung bahawasanya dalam memilih makanan pun ada ciri cirinya yang perlu dititik beratkan. Allah s.w.t menghendaki kita makan dengan makanan yang baik-baik,dan bersyukur kedpadaNya. Hatta disebut juga supaya kita mengerjakan amal-amal soleh.

Makanan yang dimakan akan memberi kesan kepada pembentukan HATI kita. Jiwa yang bersih datangnya dari hati yang bersih. MasyaALLAH ar-rahmannya Allah itu, hatta sehingga apa yang kita nak makan pun diajarNya.  Satu majlis ilmu yang saya hadiri dan penceramahnya ialah Ustaz Zainol Asri,beliau berkata bahawasanya yang dikatakan makanan yang baik itu ialah makanan yang tidak mengandungi unsur shubhah. Banyak makanan yang dijual sekarang berunsur syubhah. contohnya status halal barangan tersebut. Contohnya kalau kita p shopping mall,banyak sgt barang2 yang kadang2 terdapat cop halal di barangan tersebut tapi pengilangnya adalah orang bukan islam? Tetapi ianya berunsur subhah apabila kita tidak pasti status halal dan haram makanan tersebut. Seeloknya elakkanlah membeli barangan makanan yang berunsur syubhah.

Contoh lain yang lebih jelasnya , satu situasi di mana kita sedang menikmati makan di kedai mamak or org melayu, tiba2 di meja bersebelahan kita ada orang bukan islam p makan tang situ jugak. Tidakkan ia dikatakan syubhah apabila perkongsian sudu,pinggan dan sebagainya dengan orang bukan Islam walaupun bukan di dalam satu pinggan,tapi adakah pinggan,mangkuk serta peralatan2 lain dibasuh dengan sempurna?
Banyak kalau ditanya tok2 guru,mereka tidak suka makan di luar dan lebih gemar makan di rumah sendiri. Kenapa agaknya? Untuk menjaga HATI. ya HATI mereka dari dicemari makanan sebegini. HATI dimana tempat ada nur,hidayah ALLAH. Hal2 sebegini apabila tidak dititikberatkan akan memberi kesan kepada keimanan kita,iman makin goyah. kenapa? tepuk dada tanya HATI.

Situasi lainnya kita boleh kata, kalau kita nak beli burger dekat garai burger,dan asalnya kita tahu yang penjual burger itu tidak cukup solat fardhunya 5 kali sehari.Adakah kita masih nak beli makanan di situ? Pernah baca kisah orang yang membuat nazar pada zaman Rasululullah s.a.w mahu meminum air kencing anjing hitam. Lalu disuruhnya lelaki itu, meminum air hujan dari bumbung rumah orang yang tidak cukup solat fardunya. Air hujan dari bumbung individu yang tidak solat diibaratkan seperti air kencing anjing hitam. Justeru,jika hendak memilih makanan seeloknya pilihnya makanan yang dimasak oleh orang2 soleh,orang bertakwa,dan  lebih elok lagi kita masak sendiri. Kenapa?Kerana makanan dari rumah itu ada barakahnya apabila, kita berselawat keatas Nabi s.a.w ketika mahu membasuh sayur2an,beras, dan sebagainya. Sebuah hadith berkaitan ini, Rasulullah s.a.w pernah bersabda :


"Janganlah engkau makan melainkan makanan orang yang bertakwa dan jangan pula makan makananmu itu melainkan yang membawa kepada takwa.(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)



Makanan orang yang bertakwa itu adalah makanan berkat yang dikatakan. Sebelum makan,selidik siapa tukang masaknya,dari mana sumber itu datang. Para ulama mereka sangat menjaga pemakanan sebab kalau hati sudah gelap,bagaimana nur cahaya ilmu itu mahu masuk ke dada? 

Allah swt memandang hanya HATI hambanya. Hati ialah tempat jatuhnya pandangan Allah swt, kerana hati adalah anggota yang Allah cipta untuk mengenalNYA. Kerana ALLAH itu zatnya tidak dapat dilihat secara mata kasarnya,tetapi hanya boleh dirasai oleh hati. Satu riwayat dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Bahawasanya ALLAH swt tidak memandangnya kepada rupa paras kamu,demikian amalan kamu ,tetapi ALLAH memandang hati kamu." 






"Hanya dengan mengingati ALLAH hati hati akan menjadi tenang"





Friday, February 8, 2013

DIAM.

assalamualikum wbt.
bismilahirrahamnirrahim.

Ada di satu ketika dalam hidup ,bila sesuatu itu terkadang kita kurang senangi atau kita ingin menyatakan sesuatu pendapat,sebelum menyuarakannya,fikir sejenak,perlu atau tidak kita membuat penerangan,penjelasan atau ianya sekadar mahu menutupi kesalahan kita sendiri? jika ianya bermanafaat kpd diri dan manusia sekeliling maka wajarlah untuk kita terus menyatakan pendapat. Jika ianya menyinggung perasaan manusia lain, maka DIAM itu lebih baik. 

Bagi mereka yang beriman, LIDAH kurniaan illahi tidak akan dipersiakan begitu sahaja. Allah s.w.t mengurniakan lidah dengan tujuan kita menyampaikan kebaikan,menyampaikan ilmu, mengalunkan ayat ayat suciNya,bertahmid,beristigfar bilamana melakukan kesalahan,dan betasbih dikala kita sempit atau di waktu senang. 

Diantara hikmah diam ialah :

1. Mengelakkan diri pertelingkahan.
2. Istirehat bagi kedua malaikat.
3. Dapat menutupi segala aib. 
4. Menyelamatkan diri dari segala bahaya.
5. Kehebatan tanpa kerajaan

Rasulullah s.a.w bersabda,"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". Rasulullah saw sendiri jika baginda tidak menyetujui sesuatu perkara beliau akan diam. Khuatir bilamana jika berbicara bisa mengecilkan hati atau menyinggung perasaan pihak tertentu. Oleh itu jika seseorang tidak mampu berbicara untuk kebaikan maha hendaklah ia DIAM. Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat Tarmidzi). 

Bertepatan dengan hadis Rasulullah saw , "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Nuaim). Terkadang LIDAH yang satu satunya anggota tanpa tulang itu, lebih berbisa dari bisanya sang ular,kerana bisanya sang ular hanya terasa sakitnya di dunia, tetapi bisanya LIDAH itu bisa membawa kita ke neraka. *waiyyazubillahiminzalik.  Sekecil kecil perkara jangan diingat tidak mampu mengundang mesibah yang lebih besar. 

Ingatlah yang besar itu dosanya, bukankah bermula dari yg kecil kesalahannya? 

MADAH HUKAMA’:
SEKIRANYA DIHINA, BUKANLAH KERANA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI. MAKA BALASLAH DENGAN DIAM.

Bertambah indah sekiranya diam itu dihiasi dengan senyuman. Kitab Syamail Muhammadiah susunan Imam Tirmidzi merakamkan periwayatan hadis dari Abdullah bin Harits ra berkata: 
Tiadalah ketawa Rasulullah SAW kecuali tersenyum.”

Railah sunnah Rasulullah SAW dengan senyuman. Sesungguhnya ganjaran yang besar tersedia bagi insan yang dapat meraikan sunnah Baginda SAW ,lebih lebih lagi di kala keadaan menghimpit. Inilah janji yang tiada sangsi, janji Allah dan janji Nabi. Rebutlah janji ini kerana senyum bukanlah sesuatu yang menyusahkan bahkan ianya diam yang menyelamatkan diri. 




Monday, February 4, 2013

di manakah kita ini akhirnya?

BISMILLAHIRRAHAMIRRAHIM.
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

assalamualikum wbt,
selawat dan salam keatas Rasulullah junjungan s.a.w.
UJIAN . itulah yang disediakan ALLAH s.w.t untuk menguji hamba2 Nya yang beriman kepadaNya. Jalan jihad ini tidak MUDAH saya katakan. Untuk sampai ketahap BERIMAN, bukan mudah.Bahkan, terlalu sukar digambarkan dengan kata2. PAYAH,LETIH,TERASA DIRI INI SANGAT LEMAH apabila mahu menjadi baik.Mendidik jiwa untuk BERSIH,bukan semudah meletakkan peluntur dan menyuci pakaian kotor  sekelip mata hatta bersih suci serta merta. Dikala mahu mendidik jiwa,dalam masa yang sama NAFSU yang tidak nampak akan JALAN HAQ ini, mengelojak,ada sahaja dosa yg dibuat tanpa kita mahu setiap hari.

HATI kurniaan ilahi hanya SATU,SATU, tapi untuk menjaganya,masyaALLAH lebih sukar dari mendidik anak yang nakal. Lebih,lebih lagi dikala manusia sudah mahu menuju akhir zaman.Apa itu akhir zaman? Zaman dimana manusia sudah sampai di satu ketika sudah terkesan sifat2 jaihiliah di dalam diri yang ketara seumpanya pada zaman arab jahiliah satu masa dahulu. *waiyyazubillah.Moga ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah2 dajjal yang makin hebat melanda dunia kini. Mahu tahu apakah itu tanda2 dimana zaman sudah sampai di akhirnya?

1. Apabila hamba melahirkan anak2 tuan mereka.
2. Apabila masa cepat putarannya.
3. Apabila amanah diserahkan kpd org yang bukan haqnya.
4. Apabila penzinaan berleluasa.
5. Apabila orang yang batil dianggap baik dan orang yang baik dianggap batil.
6. Apabila orang yang mulai dipandang hina, orang yang hina dipandang mulia.

Hatta jika mahu dibincangkan tanda2nya sampai esok pun pasti tak akan habis. Di antara gambaran2 kiamat di dalam Al-Quran boleh dilihat di dalam surah al-qiyamah ,al-waqiah dan byk lagi. Jika dilihat petikan tafsir dari surah al-Qiyamah, ALLAH berfirman,maksudnya :

75-1:  Aku (Allah) bersumpah dengan hari kiamat. 
75-2:  Dan Aku (Allah) bersumpah dengan “nafsu lawwamah” (jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri). 
75-3:  Apakah manusia mengira, bahawa Kami (Allah) tidak akan mengumpulkan tulang belulangnya?  
75-4:  Bahkan Kami (Allah) berkuasa menyempurnakan jari-jemarinya dengan sempurna.  
75-5:  Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus. 

Apakah kita ragu2 dengan sumpah ALLAH?Di dalam satu kitab "Mempertajamkan Mata Hati mengenal ALLAH" Syeikh Ibnu A'tillah menyebut , sesiapa yang buta dan tidak nampak Tuhanmu di dunia ini, maka dia tidak akan nampak selama2nya bahkan di negeri akhirat. Perkataan nampak beerti bukan melihat tuhan dengan mata kasar,tetapi dengan mata hati.


*bersambung. p/s tolong sahabat2 ku sayang!jagan diri anda ye.semoga ALLAH menjaga kita dari fitnah dajjal dan menjadikan kita dikalangan org2 muqarrabun. insyaALLAH ameen.