Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
assalamualikum wbt,
selawat dan salam keatas Rasulullah junjungan s.a.w.
UJIAN . itulah yang disediakan ALLAH s.w.t untuk menguji hamba2 Nya yang beriman kepadaNya. Jalan jihad ini tidak MUDAH saya katakan. Untuk sampai ketahap BERIMAN, bukan mudah.Bahkan, terlalu sukar digambarkan dengan kata2. PAYAH,LETIH,TERASA DIRI INI SANGAT LEMAH apabila mahu menjadi baik.Mendidik jiwa untuk BERSIH,bukan semudah meletakkan peluntur dan menyuci pakaian kotor sekelip mata hatta bersih suci serta merta. Dikala mahu mendidik jiwa,dalam masa yang sama NAFSU yang tidak nampak akan JALAN HAQ ini, mengelojak,ada sahaja dosa yg dibuat tanpa kita mahu setiap hari.
HATI kurniaan ilahi hanya SATU,SATU, tapi untuk menjaganya,masyaALLAH lebih sukar dari mendidik anak yang nakal. Lebih,lebih lagi dikala manusia sudah mahu menuju akhir zaman.Apa itu akhir zaman? Zaman dimana manusia sudah sampai di satu ketika sudah terkesan sifat2 jaihiliah di dalam diri yang ketara seumpanya pada zaman arab jahiliah satu masa dahulu. *waiyyazubillah.Moga ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah2 dajjal yang makin hebat melanda dunia kini. Mahu tahu apakah itu tanda2 dimana zaman sudah sampai di akhirnya?
1. Apabila hamba melahirkan anak2 tuan mereka.
2. Apabila masa cepat putarannya.
3. Apabila amanah diserahkan kpd org yang bukan haqnya.
4. Apabila penzinaan berleluasa.
5. Apabila orang yang batil dianggap baik dan orang yang baik dianggap batil.
6. Apabila orang yang mulai dipandang hina, orang yang hina dipandang mulia.
Hatta jika mahu dibincangkan tanda2nya sampai esok pun pasti tak akan habis. Di antara gambaran2 kiamat di dalam Al-Quran boleh dilihat di dalam surah al-qiyamah ,al-waqiah dan byk lagi. Jika dilihat petikan tafsir dari surah al-Qiyamah, ALLAH berfirman,maksudnya :
75-1: Aku (Allah) bersumpah dengan hari kiamat.
75-2: Dan Aku (Allah) bersumpah dengan “nafsu lawwamah” (jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri).
75-3: Apakah manusia mengira, bahawa Kami (Allah) tidak akan mengumpulkan tulang belulangnya?
75-4: Bahkan Kami (Allah) berkuasa menyempurnakan jari-jemarinya dengan sempurna.
75-5: Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.
Apakah kita ragu2 dengan sumpah ALLAH?Di dalam satu kitab "Mempertajamkan Mata Hati mengenal ALLAH" Syeikh Ibnu A'tillah menyebut , sesiapa yang buta dan tidak nampak Tuhanmu di dunia ini, maka dia tidak akan nampak selama2nya bahkan di negeri akhirat. Perkataan nampak beerti bukan melihat tuhan dengan mata kasar,tetapi dengan mata hati.
*bersambung. p/s tolong sahabat2 ku sayang!jagan diri anda ye.semoga ALLAH menjaga kita dari fitnah dajjal dan menjadikan kita dikalangan org2 muqarrabun. insyaALLAH ameen.
No comments:
Post a Comment