bismilahirrahamnirrahim.
Ada di satu ketika dalam hidup ,bila sesuatu itu terkadang kita kurang senangi atau kita ingin menyatakan sesuatu pendapat,sebelum menyuarakannya,fikir sejenak,perlu atau tidak kita membuat penerangan,penjelasan atau ianya sekadar mahu menutupi kesalahan kita sendiri? jika ianya bermanafaat kpd diri dan manusia sekeliling maka wajarlah untuk kita terus menyatakan pendapat. Jika ianya menyinggung perasaan manusia lain, maka DIAM itu lebih baik.
Bagi mereka yang beriman, LIDAH kurniaan illahi tidak akan dipersiakan begitu sahaja. Allah s.w.t mengurniakan lidah dengan tujuan kita menyampaikan kebaikan,menyampaikan ilmu, mengalunkan ayat ayat suciNya,bertahmid,beristigfar bilamana melakukan kesalahan,dan betasbih dikala kita sempit atau di waktu senang.
Diantara hikmah diam ialah :
1. Mengelakkan diri pertelingkahan.
2. Istirehat bagi kedua malaikat.
3. Dapat menutupi segala aib.
4. Menyelamatkan diri dari segala bahaya.
5. Kehebatan tanpa kerajaan
Rasulullah s.a.w bersabda,"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". Rasulullah saw sendiri jika baginda tidak menyetujui sesuatu perkara beliau akan diam. Khuatir bilamana jika berbicara bisa mengecilkan hati atau menyinggung perasaan pihak tertentu. Oleh itu jika seseorang tidak mampu berbicara untuk kebaikan maha hendaklah ia DIAM. “Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat Tarmidzi).
Bertepatan dengan hadis Rasulullah saw , "“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Nuaim). Terkadang LIDAH yang satu satunya anggota tanpa tulang itu, lebih berbisa dari bisanya sang ular,kerana bisanya sang ular hanya terasa sakitnya di dunia, tetapi bisanya LIDAH itu bisa membawa kita ke neraka. *waiyyazubillahiminzalik. Sekecil kecil perkara jangan diingat tidak mampu mengundang mesibah yang lebih besar.
Ingatlah yang besar itu dosanya, bukankah bermula dari yg kecil kesalahannya?
MADAH HUKAMA’:
SEKIRANYA DIHINA, BUKANLAH KERANA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI. MAKA BALASLAH DENGAN DIAM.
Bertambah indah sekiranya diam itu dihiasi dengan senyuman. Kitab Syamail Muhammadiah susunan Imam Tirmidzi merakamkan periwayatan hadis dari Abdullah bin Harits ra berkata:
“Tiadalah ketawa Rasulullah SAW kecuali tersenyum.”
Railah sunnah Rasulullah SAW dengan senyuman. Sesungguhnya ganjaran yang besar tersedia bagi insan yang dapat meraikan sunnah Baginda SAW ,lebih lebih lagi di kala keadaan menghimpit. Inilah janji yang tiada sangsi, janji Allah dan janji Nabi. Rebutlah janji ini kerana senyum bukanlah sesuatu yang menyusahkan bahkan ianya diam yang menyelamatkan diri.
No comments:
Post a Comment