Monday, July 20, 2009

nafsu..

hari ni tiba2 terfikir knp manusia slalu kata permpuan ada 9 nafsu 1 akal dan lelaki 1 nafsu 9 akal ttp kdg2 lelaki ssh nk kawal dr perempuan.. tp nk th x sbnrnya.. itu hanyalah ibarat sahaja..mula2 terfikir lm gak knp org asyik ckp cmni.. tp bl renung betul2 br rs sbnrnya nafsu tu bknlah ada 9 @ 1 tp itu hnyalah nisbah nya shj..hari ni bru th yg lelaki yg membuka nafsu permpuan yg diibarat 9 tu..sbb tu rabiatul adawiyah R.A dpt kawal nafsu..wanita yg paling hebat yg mencintai tuhan hingga mengorbankan cinta manusia demi SANG PENCIPTA DAN RAJA SEGALA PENENTU.
jom kt tgk cita kt bwh ni dan sm2 fikir2 kan...

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ahAdawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

No comments:

Post a Comment