Ya khaliq,
di manakah pengakiran ku?,
adakah akan ku bawa bersama cahaya atau debu-debu dosa?,
sedangkan aku manusia,
diciptakan semulia – mulianya,
sungguh aku malu,
apakah aku semulia –mulia khalif pulang dgn sehina- hina,
hinaNya dari mahkluk yang tidak berakal..
Ya maliki,
sayangnya, hanya Kau lebih mengerti,
sungguh aku benci diri ini,
hakikinya,KAU amat hampir sekali,
tapi mengapa rasa hati,
tak menyedari dari azali,
hati bertanya lagi,
adakah layak aku untukMu,
adakah Kau akan menerima aku seadanya aku..
sebelum ajal yg pasti menjemputku..
Ya hakiki,
yang pasti,
suara hati,
ingin disitu lagi,
aku tak mahu pergi..
aku tak mahu kembali ke dunia ini..
bawalah aku masuk ke rumahMu lagi…
bersama seorang insan yang aku sendiri tidak pasti..
-nina nashar-
No comments:
Post a Comment